Tutup

Berita  | Dunia

Gara-gara kritikan gemuk, seorang lelaki maut ditikam pasangannya

Gara-gara kritikan gemuk, seorang lelaki maut ditikam pasangannya
Pasangan ini baru sahaja menjalinkan hubungan cinta tidak sampai sebulan iaitu hanya dalam 20 hari. - Gambar Fail
BAGI pasangan yang sedang bercinta, pastikan anda tidak pernah mempermainkan perasaan pasangan anda dengan mengkritik saiz tubuh badan kerana ia bukan sahaja boleh mencetuskan pergaduhan.

Dalam kes lain, ia juga boleh membawa maut.

Seorang lelaki yang berusia 20-an, maut selepas ditikam teman wanitanya sendiri akibat daripada menghalang dirinya untuk membeli aiskrim.
"Anda sudah gemuk dan anda masih mahu makan aiskrim?” menurut saksi yang berada di tempat kejadian di Zhumadia, China itu.

Akibat daripada itu, teman wanitanya begitu marah sehinggakan membuat keputusan untuk membeli sebilah gunting di kedai berdekatan sebelum menikamnya.
Menurut laporan portal Mirror, mereka baru sahaja menjalinkan hubungan tidak sampai sebulan iaitu hanya dalam 20 hari.

Turut dilaporkan bahawa mangsa telah cuba diselamatkan namun tidak berjaya dan telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pada Rabu lalu.

Suspek kini ditahan pihak polis selepas dan siasatan sedang dijalankan.

Tag: Lelaki ditikam teman wanita, China, maut, mangsa, suspek, siasatan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.