Pelbagai cara dilakukan bagi menyambut dan meraikan Tahun Baharu.

Namun, apa yang berlaku di Zhejiang, China ini bukan sahaja pelik tetapi tak masuk akal.

Seorang lelaki telah memasukan alat perangsang seks yang berukuran 20 sentimeter ke dalam duburnya pada 1 Januari lalu.

Disebabkan rasa tidak selesa di bahagian dubur dan perutnya, lelaki berusia 20-an itu telah menyerah diri ke hospital.

Menurut laporan berita Hangzhou News, lelaki itu mengakui bahawa dia melakukan perkara tersebut sekadar untuk suka-suka dan menghabiskan masa hampir setengah hari demi mengeluarkan objek tersebut namun temui jalan buntu.

Semasa pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan di sana, mereka mendakwa alat tersebut kini tersangkut di bahagian ususnya dan dua orang doktor ditugaskan menyempurnakan ‘tugasan’ 'alat berkenaan.

Lebih mengerikan apabila objek tersebut diperbuat daripada kaca dan diameter objek ini di antara 5 sentimeter.

Lelaki ini bagaimanapun dibenarkan meninggalkan hospital sehari selepas menerima rawatan di bahagian usus dan perut bagi memastikan tiada komplikasi lain.

Sejurus dibenar pulang, lelaki itu juga berjanji untuk tidak melakukan perkara sama di masa akan datang.