Berita  | Dunia

Gempa 5.9 magnitud gegar Jepun

Gempa 5.9 magnitud gegar Jepun
Barat Laut Kepulauan Ryukyu, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter jam 8.57 pagi ini.
KUALA LUMPUR: Barat Laut Kepulauan Ryukyu, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter jam 8.57 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, gempa dengan kedalaman 239 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 350km utara dari Naha, Jepun.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.