Berita  | Dunia

Gempa 6.8 magnitud gegar Greenland

Gempa 6.8 magnitud gegar Greenland
Pusat gempa terletak di kawasan terpencil sejauh 407 kilometer di timur Ittoqqortoormiit, Greenland. -Foto www.usgs.gov.my
NUUK: Satu gempa bumi kuat berkekuatan 6.8 magnitud menggegarkan kawasan luar pantai timur Greenland hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa terbabit, pada mulanya direkodkan pada 7.1 magnitud dan berlaku jam 1.49 pagi waktu tempatan.
Pusat gempa terletak di kawasan terpencil sejauh 407 kilometer di timur Ittoqqortoormiit, Greenland.

Gempa itu cukup kuat untuk mencetuskan gelombang di Laut Greenland namun tidak dijangka mencetuskan tsunami di kawasan berpenghuni, kata Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat. - Reuters


Tag: Amerika Syarikat, gempa bumi, Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat, magnitud, Ittoqqortoormiit


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.