Satu gempa bumi kuat 6.9 magnitud melanda kepulauan Vanuatu pada Rabu, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi itu berlaku pada 06.58 GMT, 109 kilometer dari Sola, Pulau Vanua Lava dan 442 kilometer dari Port Vila, menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

"Berdasarkan maklumat yang diterima, tiada ancaman tsunami yang akan berlaku," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Insiden ini susulan gempa 6.9 magnitud yang berlaku di kepulauan sama pada Ahad lalu, namun tiada kerosakan dilaporkan.

"Saya tidak nampak beza gempa berkenaan," kata Ahli Seismologi Kanan di agensi kerajaan Geosains Australia, Jonathan Bathgate kepada AFP.

Bathgate berkata, kedua-dua gempa bumi itu berlaku pada kekuatan sama, dan pada lokasi yang sama.