Berita  | Dunia

Gempa bumi 5.3 skala Richter gegar Laut Banda

Gempa bumi 5.3 skala Richter gegar Laut Banda
Gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada 5.47 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 349 kilometer dan jarak 321 kilometer selatan dari Ambon, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Tag: laut banda, gempa bumi, ambon, indonesia


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.