Berita  |  Dunia

Gempa bumi 5.4 magnitud landa tengah Filipina

Gempa bumi 5.4 magnitud landa tengah Filipina
Gempa yang berpusat di wilayah Leyte dengan kedalaman enam kilometer itu merekodkan dua kejadian gempa susulan.
MANILA: Bandar Ormoc, Filipina pada Isnin sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi sekuat 5.4 magnitud, selepas gempa bermagnitud 6.5 berlaku minggu lepas, lapor agensi berita China Xinhua. 

Institut Vulkanologi dan Seismologi berkata, gempa pada pukul 9.41 pagi waktu tempatan itu berpusat di wilayah Leyte dengan kedalaman enam kilometer.

Dua kejadian gempa susulan turut direkodkan.
Sementara itu, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata, kejadian gempa pada minggu lepas menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 329 lagi cedera. 

Gempa pada 6 Julai itu turut mencatatkan lebih 600 gempa susulan.

-- BERNAMA