Berita  | Dunia

Gempa bumi 6.0 magnitud landa Bali

Gempa bumi 6.0 magnitud landa Bali
USGC berkata gegaran berpusat di sekitar 40 km ke timur laut Sumberanyar, pulau yang berhampiran Pulau Jawa. - Sumber earthquake.usgs.gov
NUSA DUA: Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud menggegarkan kawasan perairan kepulauan Bali Indonesia awal pagi ini, lapor pusat pemantau gempa Amerika Syarikat, USGS.

Sehingga kini tiada kemusnahan teruk atau kejadian tsunami dilaporkan meskipun gegaran menyebabkan sedikit suasana panik dalam kalangan penduduk.
Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank dunia dijangka berlangsung minggu ini dengan dihadiri lebih 19,000 delegasi dan tetamu, termasuk menteri dan pemimpin negara.

BACA: Tiga maut dalam kejadian gempa di Jawa Timur

Dilaporkan, gempa yang dikesan sekitar Laut Bali itu menggegarkan bangunan untuk beberapa saat dengan ada penduduk yang meninggalkan kediaman mereka di Denpasar.

USGC berkata gegaran berpusat di sekitar 40 km ke timur laut Sumberanyar, pulau yang berhampiran Pulau Jawa.

USGC berkata gegaran berpusat di sekitar 40 km ke timur laut Sumberanyar. - Grafik Astro AWANI
Indonesia baru-baru ini dilanda gempa dengan kekuatan 7.5 magnitud bersama kejadian tsunami di Sulawesi, yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa. - Reuters