Satu gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda daerah Maluku Utara, pada sekitar jam 4.10 petang Ahad waktu Indonesia Barat.

Gempa tersebut berpusat di 62km Timur Laut Labuha, dengan kedalaman 10 kilometer.

Beberapa gempa susulan turut berlaku di kawasan sekitar berukuran 5.2 skala richter pada 4.28 petang dan 5.8 skala richter pada 4.43 petang.

Setakat 5.44 petang, terdapat gempa bumi bermagnitud 4.1 di kawasan sekitar.

Namun, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menerusi Twitter menyatakan bahawa tiada ancaman tsunami susulan gempa tersebut.


Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menasihatkan agar rakyat Malaysia di kawasan sekitar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.