Tutup

Berita  | Dunia

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud landa Selatan Bali

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud landa Selatan Bali
Seorang tentera Indonesia meninjau kerosakan yang berlaku di sebuah kuil Hindu kesan daripada gempa bumi di Denpasar, Bali, Indonesia pada Selasa. - Gambar REUTERS
DENPASAR: Gempa bumi bawah laut berukuran 6.1 magnitud melanda pulau peranginan popular, Bali, Indonesia pada awal pagi Selasa sehingga menyebabkan penduduk dan pelancong bergegas keluar dari bangunan.

Bagaimanapun, lapor Agensi Pemantauan Gempa Bumi Eropah (EMSC), tiada laporan kerosakan atau kematian akibat gempa itu serta tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.
Pusat gempa dilaporkan berukuran 102 kilometer (km) barat daya dari Denpasar dengan kedalaman 100 km, kata EMSC.

Penyiasatan Geologi Amerika Syarikat mencatatkan magnitud awal gempa pada ukuran 5.7.
Beberapa pengguna Twitter yang berada di Bali turut memuatnaik pengalaman masing-masing ketika gempa berlaku.





Agensi Meteorologi Geofisika Indonesia dalam kenyataan menyebut, gempa itu turut dirasai di bandar-bandar lain di Indonesia seperti Lombok dan Jawa.

Negara Indonesia kerap mengalami gempa bumi yang kadangkala menyebabkan tsunami, kerana negara berkenan terletak pada lingkaran api Pasifik yang seismik aktif.


Tag: gempa bumi, Bali, pelancong, magnitud



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.