Satu gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud dilaporkan telah menggegarkan pantai timur negara Taiwan iaitu di wilayah Hualien County pada Ahad.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi tersebut bersifat cetek dari paras permukaan bumi dan kuat yang mampu menyebabkan kerosakkan yang teruk berbanding gempa bumi yang lebih dalam.

Menurut Agensi Berita Tengah Taiwan pula berkata, rekod yang dicatatkan terdapat lebih tujuh gegaran ketika gempa berkenaan berlaku.

Taiwan adalah antara negara yang sering dilanda gempa bumi tetapi kebanyakkannya dalah bersifat kecil sebelum ini.

Bagaimanapun negara itu pernah mengalami beberapa siri gempa bumi yang kuat terutamanya pada 1999 dimana telah membunuh 2,300 orang.

Pada 2016, gempa bumi cetek turut berlaku di Selatan Taiwan dengan mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang mangsa.