Dua terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 6 magnitud yang mengegarkan bandar Kermanshah di Iran, pada awal Ahad.

Mangsa cedera terkini pula dilaporkan berjumlah 255 orang.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang maut merupakan seorang wanita mengandung dan seorang lelaki berusia 70 tahun yang diserang penyakit jantung.

BACA: Gempa bumi kuat di barat Iran

Terdahulu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa pada kedalaman cetek itu berlaku kira-kira 88 kilometer ke barat laut Kermanshah.

Dua gempa susulan turut direkodkan berlaku selepas gempa kuat pertama melanda.