Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.5 magnitud melanda kepulauan Jawa di Indonesia awal pagi ini lapor Pusat Pemantauan Gempa Amerika Syarikat, USGS.

Menurut laporan berita antarabangsa, sekurang-kurangnya dua orang maut dan gempa memusnahkan beberapa bangunan.

Menurut USGS, pusat gegaran tertumpu di kedalaman 92 km, kira-kira 52 km ke baratdaya Tasikmalaya.

Agensi bencana kebangsaan Indonesia berkata pihaknya mengaktifkan amaran tsunami di selatan pulau itu, namun Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan tiada sebarang kesan tsunami dicatatkan.

Kesan gegaran turut dapat dirasai di tengah dan barat Jawa.

Menurut jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut akibat kejadian itu, beberapa kediaman musnah dan hospital telah dikosongkan.

Gempa juga menyebabkan beberapa bangunan tinggi di ibu negara Jakarta bergoyang.

Jawa adalah pulau dengan sejumlah 145 juta penduduk.