Sekurang-kurangnya dua maut selepas gempa kuat berukuran 6.7 pada skala richter, melanda persisiran pantai Aegean di Turki awal pagi tadi.

Beberapa gempa susulan turut dirasa di sekitar kawasan berkenaan yang menyebabkan tsunami kecil.

Gempa itu berpusat 10.3 kilometer selatan Bodrum dengan kedalaman 10 kilometer.

Ia turut dirasakan di Pulau Kos, Greece yang penuh dengan pelancong ketika itu.

Kedua-dua negara itu sememangya berada di kawasan yang sering dilanda gempa bumi.