Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda ibu negara New Zealand, Wellington.

Pihak berkuasa mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan kecederaan teruk dalam kejadian berkenaan.

Menurut pengawal pertahanan awam, beberapa kes mangsa terperangkap dalam lif dilaporkan sebaik gempa berlaku.

Semua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan.

Selain kerosakan kecil, gegaran turut menyebabkan beberapa bahagian di bandaraya berkenaan terputus bekalan elektrik.

Pusat kajian gempa Amerika Syarikat memaklumkan gempa dikesan berlaku di selat cook, 57 kilometer, Barat Daya Wellington dan berada pada kedalaman 10 kilometer di perut bumi.

New Zealand yang berada dalam lingkaran api pasifik, sering menerima gegaran akibat akitiviti seismik.

Pada 2011, gempa kuat yang melanda mengorbankan 185 jiwa.