Tutup

Berita  | Dunia

Gempa bumi sederhana gegar Malang dan Jawa Selatan, Indonesia

Gempa bumi sederhana gegar Malang dan Jawa Selatan, Indonesia
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasakan di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang.
JAKARTA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan tenggara daerah Malang, Jawa Timur awal pagi ini.

Gempa berpusat di 159 kilometer (km) tenggara daerah Malang itu berlaku pada 2.30 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasakan di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Setakat ini, belum ada laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Jawa Selatan kira-kira pukul 3.30 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian gempa dengan kedalaman 10km itu berlaku pada jarak 209km selatan dari Blitar, Indonesia.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA


Tag: Kuala Lumpur, Indonesia, gempa bumi, Malaysia, Malang, Jawa Timur, BMKG



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.