DESAS-DESUS yang mengatakan Venice bakal tenggelam terbukti tidak akan terjadi dalam tempoh terdekat.

Air pasang surut yang disebabkan oleh fenomena gerhana penuh ‘supermoon’ mengakibatkan paras air menurun sehingga 58 sentimeter (sm) dalam beberapa situasi.

BACA: Gerhana #SuperBlueBloodMoon: Ramai kecewa cuaca mendung

Keadaaan cuaca luar biasa seperti cuaca sejuk, tekanan atmosfera yang tinggi dan taburan hujan yang sedikit turut menjadi penyebab paras air menurun di sebahagian terusan Venice.

Dasar berlumpur di terusan Venice - DailyMail

Menurut laporan DailyMail, ia adalah tahun ketiga berturut-turut fenomena aneh itu melanda kota romantik tersebut.

Paras air di terusan dilaporkan berada di bawah paras air normal iaitu 71sm yang menjejaskan perkhidmatan gondola dan teksi air.

Namun begitu, bandar timur laut Itali itu dilanda banjir beberapa kali dalam setahun.

Bahagian ruang bawah tanah dan aras bawah di Venice sering dilanda banjir apabila fenomena ‘acqua alta’ (aras air tinggi) berlaku.