Seorang suami terkejut apabila melihat isterinya curang menerusi imej Google Maps.

Menerusi imbasan kamera satelit Google Maps yang dirakam di bandar Puente de los Suspiros de Barranco, Peru, gambar itu menarik perhatian lelaki itu kerana pakaian wanita seakan-akan isterinya.

Memetik Mirror, lelaki itu sedang menggunakan Google Maps untuk melihat arah jalan tetapi terkedu kerana paparan aksi isterinya bersama lelaki lain sekaligus membongkar kisah cintanya.

Walaupun gambar itu dirakam pada 2013 tetapi suami wania itu tetap nekad menceraikannya.

Malah lelaki itu turut memuat naik gambar berkenaan ke laman sosial hingga tular di media sosial. - Mirror