Seorang guru Pendidikan Khas maut selepas ditembak menggunakan pistol jenis revolver oleh suaminya di sebuah sekolah rendah di San Bernardino, California.

Salah seorang pelajar turut terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah.

Lelaki itu kemudiannya menembak mati diri sendirinya.

Penembak yang dikenal pasti sebagai Cedric Anderson, 53 tahun, mempunyai rekod jenayah, antaranya memiliki senjata secara haram dan keganasan rumah tangga.

Dia dan isterinya, Karen Elaine Smith, juga 53 tahun, mula tinggal berasingan kira-kira sebulan yang lalu.

Pelajar yang maut dikenali sebagai Jonathan Martinez, 8 tahun, manakala identiti pelajar yang cedera tidak didedahkan.

Kedua-duanya sedang berdiri berdekatan Smith ketika kejadian.

Seramai 15 orang pelajar dilaporkan berada di dalam kelas ketika suspek memasuki kelas dan melepaskan tembakan.