Berita  | Dunia

Guru madrasah bertopengkan syaitan

Guru madrasah bertopengkan syaitan
Mengikut fakta kes, suspek bertindak memperdaya dan memujuk mangsa datang ke rumahnya.
DHAKA: Taktik licik seorang guru madrasah berpindah randah dan kerap menukar nombor telefon bagi mengelak dikesan gagal, apabila dia dicekup polis pada Khamis.

Guru berkenaan diburu polis sejak 10 Januari lalu kerana terbabit dalam kes rogol salah seorang pelajarnya.
Suspek, Md Saiful Islam mengajar di Madrasah Saheber Haola Rafezia Dakhil di daerah Barguna.

Mengikut fakta kes, suspek bertindak memperdaya dan memujuk mangsa datang ke rumahnya.

"Setibanya di rumah suspek, mangsa dirogol. Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital.
"Sejak itu, suspek menghilangkan diri," kata jurucakap polis.

Kes didaftarkan selepas bapa mangsa membuat laporan polis. - Agensi

Tag: rogol, guru madrasah, guru, suspek, mangsa, polis


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.