Sanggup perguna anak sendiri untuk mencuri.

Itu yang berlaku di Amerika Syarikat.

Anthony Helinski, seorang guru didakwa di Mahkamah New Hampshire, Massachusetts selepas video dia menyuruh anaknya merangkak masuk ke dalam mesin permainan dan mencuri menjadi tular.

Insiden berlaku di pusat membeli belah Rockingham Park di bandar itu.

Menerusi video berkenaan, Helinski kelihatan menyuruh anaknya mencuri permainan dari sebuah mesin arked.

Selepas mengeluarkan beberapa permainan, anak perempuannya yang berusia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun itu merangkak keluar.

Video dirakam oleh pengunjung pusat beli belah berkenaan.

Selepas video berkenaan tular, Helsinki menyerah diri kepada polis.

Helinski didakwa dengan tiga pertuduhan mencuri, dua pertuduhan jenayah menceroboh dan juga satu pertuduhan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Susulan kejadian itu, Helsinki digantung kerja sehingga siasatan selesai.