Seorang guru wanita berusia 37 tahun ditahan apabila didakwa cuba menjual seorang gadis sebagai hamba seks kepada lelaki di Maghribi.

Suspek, Amber Michelle Parker ditahan di penjara Freestone County pada hari Khamis.

Menurut Akhbar tempatan di Mexia, Amber dipercayai mengembara bersendirian ke Maghribi pada pertengahan Disember lalu untuk memeterai satu perjanjian sebelum pulang ke Mexia, Texas pada 1 Januari.

Amber dikatakan berkomunikasi dengan ramai lelaki di Maghribi melalui perjanjian atas talian untuk menjual gadis tersebut.

Bagi menarik minat lelaki di sana Amber memaklumkan gadis itu masih lagi dara di samping memasukkan gambar pakaian dalam dan gambar bahagian sulit gadis tersebut.

Pihak polis tidak mendedahkan harga yang ditawarkan dan juga sebarang maklumat gadis yang ingin dijual bagi memastikan dia tidak dikenali secara terbuka.

Amber merupakan seorang guru bacaan di Mexia Independent School District.