Tutup

Berita  | Dunia

Hakim mahkamah tembak diri ketika prosiding sedang berlangsung

Hakim mahkamah tembak diri ketika prosiding sedang berlangsung
Punca kejadian masih dalam siasatan sama ada berpunca masalah peribadi atau tekanan perbicaraan kes. - Gambar hiasan
YALA: Seorang hakim yang sedang mengendalikan satu kes perbicaraan cuba membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari (waktu tempatan), hakim Mahkamah Yala itu menggunakan pistol peribadi menembak bahagian dada ketika prosiding kes melibatkan lima anggota kumpulan bersenjata.

Ketua Polis Daerah Muang Yala Kol Pol Narawi Waearong mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Yala dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

"Punca kejadian masih dalam siasatan sama ada berpunca masalah peribadi atau tekanan perbicaraan kes," katanya.
-- BERNAMA



Tag: hakim mahkamah, tembak diri, yala, perbicaraan mahkamah, kumpulan bersenjata



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.