Seorang remaja berusia 14 tahun di Iraq ditikam sampai mati selepas sekumpulan lelaki mengesyaki dia adalah gay hanya kerana berwajah 'jambu'.

Insiden menggemparkan ke atas Hamoudi al-Mutairi itu berlaku berhampiran kediamannya di Yarmouk, Baghdad.

Mangsa diserang beberapa individu yang bertindak kejam menikam perutnya beberapa kali malah turut merakamkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan Hamoudi terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Sebelum rakaman itu dihentikan, mangsa turut merayu supaya membawanya ke hospital dan berkata, 'Saya mahu ibu saya'.

Kejadian pembunuhan itu berlaku tidak sampai sebulan insiden kematian empat individu progresif berprofil tinggi yang bekerja dengan media sosial dan industri kecantikan.

Pada awal Ogos lalu, pengurus dua pusat pembedahan plastik dan estetik ditemui mati dalam keadaan misteri. - Daily Mail