NEW DELHI:India mencatatkan 88,600 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Kementerian Kesihatan negara itu pada Ahad.

Dalam pada itu, sebanyak 1,124 lagi kes kematian dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara itu meningkat kepada 94,503 kes.

Namun purata kes harian di seluruh India menunjukkan penurunan sekitar 7,000 setiap hari minggu lepas selepas kes baharu memuncak kepada 97,894 kes pada 16 September.

Setakat ini, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5,992,533 kes.

India dijangka menjadi negara paling teruk terjejas wabak COVID-19 melepasi Amerika Syarikat dengan lebih 7 juta kes.

Namun India juga mempunyai jumlah pesakit pulih tertinggi di dunia, iaitu sekitar 82 peratus.