Kumpulan pemberontak Houthi telah mengebumikan mayat bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, di sebuah kawasan yang dirahsiakan di Sanaa.

Majlis pengkebumian pada Ahad itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat selain ribuan penyokong pemberontrak Houthi.

Pengkebumian dilakukan pada sebelah malam berhampiran perkampungan Al-Saeed dalam wilayah Shabwa.

Bagaimanapun anak kepada Ali Abdullah, Ahmed Ali yang menyatakan kesediaannya menentang kumpulan terbabit, tidak berada di lokasi pengkebumian.

Pemberontak Houthi dalam satu kenyataan berkata, hanya membenarkan kurang dari 10 ahli keluarga Ali Abdullah untuk menghadiri majlis tersebut.

Kenyataan terbabit tidak menyenaraikan ahli keluarga yang hadir.

Pada Jumaat, ahli keluarga Ali Abdullah dikatakan menolak syarat-syarat yang telah ditetapkan kumpulan terbabit bagi penyerahan mayat.

Sumber terdekat keluarga Ali Abdulllah dikhabarkan mahu mengebumikan mayatnya berhampiran kompleks Presiden di selatan Sanaa.

Pada 4 Disember lalu, Ali Abdullah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dan pengawal pengiringnya di sempadan Yaman-Arab Saudi.

BACA: Krisis fahaman Syiah dan Sunni di Yaman makin getir

BACA: Riyadh digesa buka laluan udara, air, salur bantuan kemanusiaan di Yaman

BACA: Trump cuba buat baik selepas cetuskan api kemarahan umat Islam


Beliau dijadual bertemu dengan Arab Saudi bagi membincangkan perdamaian di Yaman.

Sehari selepas kejadian itu, anaknya Ahmed Ali berikrar membalas dendam terhadap kematian Ali Abdullah dan berjanji menumpaskan ahli kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.