Sebuah helikopter tentera Rusia terhempas ketika menjalani latihan penerbangan pada waktu malam di Lautan Baltic.

Tentera Rusia dalam kenyataannya menyebut bahawa kejadian berlaku berhampiran kawasan Kaliningrad di antara Poland dan Lithuania pada Khamis, jam 11.30 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua kru helikopter Ka-29 itu maut dalam nahas tersebut.