YANG patah tumbuh yang hilang berganti.

Begitulah yang boleh diibaratkan kisah percintaan bekas kekasih Lee Min Ho, Bae Suzy yang kini sah bercinta dengan hero drama My Girl, Lee Dong Wook.

BACA: Berakhir sudah hubungan bintang Korea Lee Min Ho dan Suzy

Memetik dari laman rasmi hiburan Kpop, Soompi menyatakan kedua-dua syarikat pengurusan artis berkenaan mengesahkan mereka berdua ada berjumpa secara berahsia baru-baru ini.

“Mereka memang ada berjumpa secara rahsia.

“Sejak kebelakangan ini mereka sudah mula mengenali hati budi masing-masing selain menyimpan perasaan istimewa antara satu sama lain.

“Bagaimana pun, hubungan mereka masih baru dan kami tidak dapat kongsi banyak buat setakat ini,” ujar syarikat pengurusan Dong Wook, Starship.

Dalam pada itu, syarikat pengurusan Suzy, JYP turut mengesahkan hal tersebut.

“Betul, mereka berdua dalam proses mengenali antara satu sama lain,” jelas JYP.

BACA: Lee Min Ho dan Bae Suzy kembali bercinta?


Terdahulu, Suzy yang merupakan ahli kumpulan Miss A pernah menjalinkan hubungan dengan Min Ho namun kecundang pada November 2016.

Walaupun ada khabar angin pada awal tahun ini mengatakan mereka kembali bercinta tetapi ia telah dinafikan oleh kedua artis itu dan memaklumkan mereka hanya kawan biasa sahaja.