Seorang lelaki yang berang ibunya dihina di Facebook nekad menyerang bekas rakan sekolahnya dengan pedang samurai.

Kejadian tercetus di sebuah majlis sambutan hari jadi seorang rakan mereka di chalet Orchid Country Club, Singapura.

Dalam kejadian itu, suspek Sivabala Murugan Vinda, 25 tahun, naik berang apabila Ramesh Valaiyapathi, 22 tahun, menarik kerusinya ketika dia mahu duduk.

Suasana tegang berjaya diredakan rakan mereka dan Ramesh kemudian beredar dari chalet tersebut.

Namun, akibat rasa tidak puas hati, Ramesh kemudian memuat naik status di Facebook yang menghina ibu Sivabala.

Sejurus mengetahui hal itu, Sivabala nekad menyerang bekas rakan sekolahnya itu dengan pedang samurai.

Sivabala menumbuk Ramesh berkali-kali sebelum memotong cuping telinga kiri Ramesh menggunakan pedangnya itu.

Ramesh kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Dalam prosiding kes pada Selasa di mahkamah Singapura, Sivabala dijatuhi hukuman penjara setahun di atas kesalahan mencederakan Ramesh.