Polis Sumatera Selatan sedang menyiasat dakwaan perbuatan sumbang mahram seorang bapa dan anak gadisnya yang berusia 18 tahun di Kecamatan Kalianda, Lampung Selatan.

Kes tersebut menjadi buah mulut masyarakat setempat apabila rakaman perbuatan terkutuk itu tersebar luas di grup WhatsApp.

"Kami masih meneliti kes ini dan sedang mengenal pasti siapa dalang penyebaran video porno tersebut," kata Ketua Polis Lampung Selatan, Asisten Komisioner M Syarhan semalam.

BACA JUGA: Bapa 'tak sengaja' rogol anak disangka isteri baharunya

BACA JUGA: Bayi lapan bulan dinoda bapa sendiri, rakaman dijual di laman web lucah

Mengulas lanjut, setakat ini tiada tangkapan dibuat ke atas lelaki terbabit, dikenali sebagai M berusia 53 tahun.

Katanya, ini kerana tidak ada pengadu dari keluarga terbabit atau isteri M yang membuat laporan atau menyampaikan maklumat kepada pihaknya.

Tambah Syarhan, M telah diusir keluar dari kampung selepas perbuatan jijiknya terbongkar. - Agensi