Berita  | Dunia

Ibu cekik, lemaskan anak disangka ahli sihir

Ibu cekik, lemaskan anak disangka ahli sihir
Seorang wanita mencekik dan kemudian melemaskan anaknya sendiri kerana percaya kanak-kanak itu seorang ahli sihir. -Gambar hiasan
ESSEX: Seorang wanita mencekik dan kemudian melemaskan anaknya sendiri kerana percaya kanak-kanak itu seorang ahli sihir.

Dalam kejadian pada Julai tahun lalu, wanita itu membunuh anaknya sejurus kedua-dua ibu bapanya keluar bekerja.

Wanita itu, Christina Acres, 37, membunuh anaknya George Acres yang berusia 7 tahun di kediaman ibu bapanya di Rochford, Essex, England.
Portal Daily Mail melaporkan wanita itu mempunyai sejarah sakit mental dan mula tinggal di rumah ibu bapanya selepas kemurungan akibat kegagalan perkahwinan pada 2012.

Christina mula menunjukkan simptom penyakit psikosis itu tiga hari sebelum pembunuhan di mana dia mengalami trauma dan percaya ada orang mahu membunuh dia dan keluarganya.

Dalam penghakiman kes di Basildon Crown Court baru-baru ini, Christina didapati tidak bersalah atas alasan mengalami gangguan mental yang mendorong tindakan kejam itu terhadap anak kandungnya sendiri.

Walaupun dibebaskan, Christina perlu menjalani rawatan di sebuah hospital yang ditetapkan mahkamah.


Tag: Kanak-kanak, bunuh anak, cekik anak, Christina Acres, George Acres, Basildon Crown Court


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.