Berita  | Dunia

Ibu dan anak maut terjun bangunan dalam kebakaran hotel bajet

Ibu dan anak maut terjun bangunan dalam kebakaran hotel bajet
Menurut bomba, ramai daripada mangsa tidak dapat menggunakan tangga di koridor hotel kerana ia diperbuat daripada kayu.
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 dilaporkan maut dalam satu kebakaran yang meranapkan sebuah hotel bajet di barat New Delhi, India pada awal pagi Selasa.

Kebakaran turut mencederakan sekurang-kurangnya empat yang lain.

Dilaporkan antara yang maut adalah seorang ibu dan anak kecilnya yang bertindak terjun dari tingkap bangunan yang sedang marak terbakar.
Menurut bomba, ramai daripada mangsa tidak dapat menggunakan tangga di koridor hotel kerana ia diperbuat daripada kayu.

Antara yang maut adalah seorang ibu dan anak kecilnya yang bertindak terjun dari tingkap bangunan yang sedang marak terbakar. - Foto Reuters

Dipercayai tiga warga Myanmar masih hilang tidak diketahui nasib mereka.

Hotel Arpit Palace terletak di Karol Bagh, di tengah bandar yang penuh dengan rumah kedai dan hotel bajet serta terkenal dalam kalangan pelancong.

Kata saksi, operasi menyelamat dan pemadaman api mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Hotel Arpit Palace  terletak di Karol Bagh, di tengah bandar yang penuh dengan rumah kedai dan hotel bajet serta terkenal dalam kalangan pelancong. - Foto Reuters

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hopsital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Polis kini sedang menyiasat punca kejadian.

Tag: hotel, India, Myanmar, New Delhi, polis, maut, hilang, bomba, kebakaran, api, pelancong


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.