Seorang ibu mengaku melemaskan dua anaknya sendiri di dalam tab mandi di rumah mereka di sini, lapor ABC13.com.
Menurut jurucakap polis, Kese Smith, seorang rakan ternampak suspek membuang perkakas dari dalam rumahnya ke halaman bersebelahan pada pagi Ahad.
Suspek dilaporkan memberitahu rakannya itu yang dia terpaksa berpindah hari ini dan meminta bantuan daripadanya.
Ketika ditanya tentang anak-anaknya, suspek dilaporkan memberitahu rakannya yang dia telah membunuh mereka.
Rakannya itu pada mulanya tidak mengambil serius kata-kata suspek. Namun apabila suspek mengulangi jawapan sama apabila ditanya sekali lagi, dia mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku.
Rakannya itu kemudian memandu kereta bersama suspek dan berhenti kira-kira satu blok dari balai polis.
Dia kemudian berlari ke balai polis dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Sheborah Thomas, 30 tahun, kini ditahan.
Pihak berkuasa menjumpai mayat kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di bawah rumah jiran.
Thomas didakwa melemaskan mereka di dalam tab mandi pada Jumaat.
Seorang lagi anak lelakinya, berusia 12 tahun, tiada di rumah ketika itu kerana bersama dengan ayahnya.
Rekod perubatan Thomas tidak menunjukkan dia mempunyai sejarah penyakit mental.
Agensi
Mon Aug 15 2016
Pihak berkuasa menjumpai mayat kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di bawah rumah jiran sebelah.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Ibu lemaskan dua anak hingga mati dalam tab mandi
Ketika ditanya tentang anak-anaknya, suspek dilaporkan memberitahu rakannya itu yang dia telah membunuh mereka.