Cubaan tiga lelaki dan seorang wanita untuk menculik ibu kepada bintang bola sepak terkemuka Brazil berjaya digagalkan polis Rio Grande Do Sul.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek berjaya lepaskan diri.

Menurut polis, suspek dipercayai kumpulan bersenjata yang dikatakan membawa sejambak bunga sebelum menyerang mangsa, Rosangela Freda di rumahnya.

Rosangela, 58 tahun, kemudiannya dibawa menaiki sebuah kenderaan sebelum ke sebuah lokasi luar bandar berhampiran Monte Bonito.


Rosangela merupakan ibu kepada pemain tengah Brazil, Taison Barcellos Freda.

Operasi menyelamat itu turut dibantu kenyataan dua saksi selain imej menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Setakat ini, Freda dilaporkan dalam keadaan baik.