Berita  | Dunia

Ibu suntik cecair peluntur, sabun ke tubuh bayi 18 bulan

Ibu suntik cecair peluntur, sabun ke tubuh bayi 18 bulan
Wanita yang dikenali sebagai Elif K. itu telah dipenjara selepas dia mengaku menyuntik cecair peluntur dan cecair sabun ke dalam badan anaknya, Eylul Miray. Foto - Tribunnews.com
TURKI: Seorang wanita warganegara Turki tergamak menyuntik bayinya yang berusia 18 bulan dengan cecair peluntur dengan alasan dia 'tidak sayangkan anaknya”.

Wanita yang dikenali sebagai Elif K. itu telah dipenjara selepas beliau mengaku menyuntik cecair peluntur dan cecair sabun ke dalam badan anaknya, Eylul Miray.

Malah, dia juga mengelar bayi perempuannya itu kerana tidak ada rasa sayangdan belas kasihan ke atas bayi kecil berkenaan.

Berita itu telah mencetuskan kontroversi di bandar Istanbul, Turki kerana sebelum ini dia didakwa pernah disiasat dan dibebaskan oleh pihak polis sebanyak dua kali setelah berjaya meyakinkan polis bahawa dia tidak bersalah.

Wanita itu ditahan buat kali ketiga selepas anak perempuannya itu dimasukkan ke hospital akibat penderaan.
Beliau bagaimana pun, mengaku telah mendera bayinya itu sejak umur sebulan lagi.

“Saya tidak boleh menyayangi anak saya, saya tidak boleh bagi kasih sayang kepadanya, jadi saya mengambil keputusan untuk menyiksanya,”

“Sejak Eylul berusia sebulan, saya telah menyuntiknya dengan cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga serta pusatnya sehingga dia mula mengalami pendarahan.

“Kemudian saya membawa dia ke hospital untuk menerima rawatan. Apabila mereka membenarkan dia pulang ke rumah, saya kembali menyiksanya. Saya juag pernah mengelar kepala, mata, kaki, tangan dan dadanya,” kata Elif.

Elif, yang tinggal bersama suaminya Eray K. bersama tiga lagi anaknya di daerah Avcilar, Istanbul, mula menimbulkan syak wasangk selepas bayi perempuannya itu sering sakit.

Bapanya sering membawa anaknya ke hospital namun, doktor tidak dapat mengenal pasti sakit yang dialami anaknya itu.

Apabila keadaannya semakin parah, bayi berusia sembilan bulan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Fakulti Perubatan Universiti Istanbul.

Doktor mendapati tengkorak bayi itu retak, serta calar dan lebam di seluruh tubuhnya.

Keadaan itu membuatkan doktor mula curiga dan menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Apabila keadaan semakin mencurigakan, Elif menyerahkan dirinya di balai polis serta mengaku bersalah dengan menyatakan dia mula sedar melakukan kesilapan tersebut.

Elif dihadapkan ke mahkamah dimana dia didapati bersalah kerana mendera bayi perempuannya dan dihantar ke penjara namun hukumannya masih di dalam proses perbincangan

Eylul kini tinggal dibawah jagaan bapanya dan dilaporkan mula stabil.