Seorang wanita di sini menarik keluar kepala anaknya yang berusia lima tahun dari mulut seekor cougar atau singa gunung yang menyerang kanak-kanak tersebut di halaman rumah pada Sabtu.
Menurut timbalan syerif Pitkin County, Michael Buglione, ibu tersebut mendengar jeritan anaknya yang sedang bermain di halaman rumah berhampiran bandar resort Aspen.
Wanita itu terus meluru keluar dan melihat anaknya sedang bergelut dengan haiwan tersebut.
“Menurut wanita itu, singa gunung itu menindih anaknya. Dia masukkan tangan kanan ke dalam mulut singa berkenaan untuk tarik anaknya keluar,” tambah Buglione.
Singa tersebut kemudiannya melarikan diri.
Kanak-kanak tersebut mengalami luka teruk di bahagian muka, kepala, dan leher. Dia dibawa ke salah sebuah hospital di Denver.
Ibunya pula mempunyai kesan gigitan di tangan dan kesan cakar pada kaki. Dia dirawat dan kemudiannya dibebaskan. Nama kedua-dua mangsa tidak didedahkan.
Colorado menjadi habitat kepada hampir 4,500 singa gunung, dan haiwan ini kadangkala merayau di petempatan manusia untuk mencari makanan. Sejak tahun 1990, singa gunung telah membunuh tiga dan mencederakan 18 mangsa di negeri tersebut.
Agensi
Sun Jun 19 2016
Kali terakhir serangan singa gunung berlaku di Colorado pada tahun lalu apabila seorang lelaki diserang ketika memancing di Dotsero. - Foto AFP
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Analisis FBM KLCI: Prestasi dan Jangkaan untuk Suku Kedua 2024
Imran Yassin Md Yusof, Ketua di MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi pasaran saham untuk suku pertama tahun 2024 dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beliau menghuraikan sektor-sektor yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sektor-sektor yang mengalami penurunan pada suku pertama ini. Imran juga memberikan jangkaan dan ramalan MIDF Research mengenai prestasi pasaran saham dan ekonomi untuk suku kedua dan seterusnya.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Ribut salji landa Colorado
Cuaca buruk dilaporkan bermula sejak Rabu malam, menyaksikan salji paling tebal turun di Denver, diramal berakhir pada Jumaat pagi.
Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.
Kebakaran hutan Colorado: Lebih 19,000 penduduk diarah berpindah
Tahun lalu, kebakaran itu telah memusnahkan lebih 1,000 kediaman penduduk di Boulder dan Louisville.
Kebakaran hutan: Salji tebal burukkan keadaan di Colorado
Lebih 500 rumah dikhuatiri musnah dan kini pemilik rumah berdepan tugas sukar untuk membina semula kediaman mereka.
Kebakaran hutan: Puluhan ribu penduduk Colorado diarah berpindah
Keadaan diburukkan oleh angin kencang, yang turut memusnahkan 580 kediaman termasuk sebuah hotel dan pusat beli belah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Puluhan anggota SWAT serbu pasar raya, suspek tembakan masih dikesan
Video secara langsung di luar pasar raya itu menunjukkan kenderaan SWAT dengan puluhan anggota polis berpakaian taktikal dilihat memasuki premis tersebut.
Colorado kesan kes pertama babitkan varian baharu COVID-19
Pihaknya menemui varian COVID-19 tersebut, yang cepat menular, sebagaimana dikesan pertama kali di United Kingdom (UK).
Kebakaran landa Colorado, ribuan penduduk terpaksa berpindah
Kelajuan angin sehingga 100 kilometer sejam itu menyukarkan pihak bomba melakukan operasi menyelamat.
COVID-19: Sekurang-kurangnya 13 negeri AS isytihar darurat kesihatan
Jumlah kematian di negara itu kini ialah 28 orang dan lebih 800 orang telah dijangkiti wabak berkenaan.