Ibu tiri kepada mendiang Puteri Diana, Countess Raine Spencer Puteri Wales, Diana meninggal dunia pada usia 87 akibat sakit tua pada Jumaat lalu, lapor ahli keluarga beliau.

Countess Spencer merupakan anak tunggal kepada pasangan Alexander McCorquodale dan Dame Barbara Cartland.

Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1984 dengan Hon Gerald Humphry Legge, yang kemudian dilantik sebagai Earl of Dartmouth yang ke-sembilan.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata.

Countess Spencer kemudian bercerai dengan suaminya, dan berkahwin dengan Earl Spencer pada tahun 1976.

Setahun selepas kematian Earl Spencer, Countess Spencer berkahwin buat kali ketiga kepada Count Jean-Francois Pineton de Chambrun.

Bagaimanapun, perkahwinan itu hanya kekal selama dua tahun.

Beliau dikatakan mempunyai pengalaman yang lama dalam pengurusan kerajaan tempatan bersama Westminster dan Greater London Council.