Lembaga Muslim Uzbekistan yang rapat dengan kerajaan bertindak memecat imam masjid Omina di Tashkent, Fazliddin Parpiyev gara-gara kelantangannya mendesak supaya pengharaman tudung ditarik balik.
Bulan lalu, Presiden Shavkat Mirziyoyev mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan daripada memakai tudung di sekolah.
Tindakan itu mencetuskan kritikan di media sosial yang diketuai Fazliddin.
Minggu lalu, Fazliddin, 32, memuat naik video di Facebook dengan berkata walaupun beberapa perubahan dilakukan, orang Islam masih ditekan dengan isu tudung serta janggut dan beliau menggesa Shavkat membantu mengekalkan kebebasan mengikut hati nurani.
Susulan itu, beberapa ulama menggesanya menarik balik kenyataan itu.
"Saya tidak menyesal dengan ucapan saya dalam video itu," katanya.
Shavkat yang mula berkuasa pada 2016 melonggarkan sekatan terhadap kebebasan beragama dalam sebahagian kempen ekonomi liberal dan perubahan politik di negara itu.
Uzbekistan adalah sebuah negara republik bekas Kesatuan Soviet yang mempunyai 32 juta penduduk, majoritinya beragama Islam.
Bagaimanapun, kerajaannya tidak menamatkan larangan terhadap simbol dan pakaian keagamaan. - Agensi
Sinar Harian
Tue Sep 11 2018
Minggu lalu, Fazliddin memuat naik video di Facebook menggesa Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, membantu umat Islam mengekalkan kebebasan berhijab dan berjanggut. - Sinar Harian
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Imam dipecat gara-gara desak batal pengharaman tudung
Fazliddin Parpiyev dipecat gara-gara kelantangannya mendesak supaya pengharaman tudung di Uzbekistan ditarik balik.