Polis telah mengeluarkan imej dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di stesen bawah tanah London Central Tube yang mencetuskan panik pada hari Jumaat.

Pegawai mahu saksi yang berada di stesen bawah tanah Oxford Circus ketika proses pemindahan di untuk tampil membantu siasatan.


BACA: Polis siasat dakwaan pergaduhan punca insiden panik di Oxford Street

Sementara itu, BBC News dipetik berkata Datuk Bandar London, Sadiq Khan dalam satu kenyataan memuji tindakan pantas pasukan perkhidmatan kecemasan bandar tersebut.

Wartawan BBC, Helen Bushby berkata dia telah melihat "rempuhan besar-besar" orang yang melarikan diri dari stesen Oxford Circus.

"Mereka menangis, menjerit, menjatuhkan beg membeli-belah mereka. Situasi pada masa itu sangat panik.

"Orang ramai berkata mereka terdengar bunyi tembakan dan panik," katanya.