Berita  | Dunia

India lulus rang undang-undang haramkan perceraian segera

India lulus rang undang-undang haramkan perceraian segera
India lulus rang undang-undang haramkan perceraian segera - REUTERS
NEW DELHI : Dewan Rendah India meluluskan rang undang-undang mengharamkan penceraian segera menerusi kaedah talaq berganda yang diamalkan orang Islam, dan mereka yang melakukan kesalahan itu berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Rang undang-undang ini diluluskan selepas Mahkamah Agung India, memutuskan amalan penduduk Islam yang menceraikan isteri dengan kaedah itu tidak mengikut perlembagaan.
Sejumlah 170 juta penduduk Islam India mengikut pegangan sunah yang dikawal selia Undang-undang Peribadi Islam untuk Urusan keluarga.

Undang-undang ini membenarkan kaum lelaki menceraikan isteri hanya dengan mengucap perkataan Arab, 'Talaq' selama tiga kali, pada bila-bila masa menerusi apa jua medium, termasuk telefon, perkhidmatan mesej ringkas dan muat naik status di media sosial.

Lebih daripada 20 negara Islam, termasuk negara jiran Pakistan dan Bangladesh telah mengharamkan amalan berkenaan.

Rang undang-undang yang diluluskan dewan rendah akan dibentangkan di Dewan Tertinggi Parlimen bagi tujuan kelulusan sebelum diwartakan sebagai akta.

Sementara itu beberapa parti pembangkang kritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, kerana membentangkan usul rang undang-undang berkenaan tanpa melalui perbincangan dengan mereka.