Kerajaan Indonesia merancang untuk menutup semua kawasan pelacuran atau 'daerah lampu merah' di republik itu menjelang tahun 2019, lapor Jakarta Post.

Usaha tersebut merupakan antara langkah bagi menghapus kegiatan pelacuran di negara yang mempunyai jumlah penduduk beragama Islam paling ramai di dunia.

Menteri Ehwal Sosial Indonesia, Indar Parawansa menjelaskan setakat ini kerajaan Indonesia telah menutup 68 dareah lampu merah, dan 100 lagi akan ditutup dalam masa tiga tahun.

Meskipun kegiatan pelacuran tidak dibenarkan di Indonesia, ia berleluasa di kebanyakan bandar utama negara itu.

Gabenor Jakarta sudah pun memulakan langkah berkenaan di bahagian utara ibu kota negara itu, dengan langkah-langkah selanjutnya dirancang Ahad ini.

Pada 2014, datuk bandar Surabaya menutup kawasan pelacuran di bandar tersebut yang dikenali sebagai Dolly dan dipercayai daerah lampu merah terbesar di Asia Tenggara.