BERIKUT adalah artikel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dua akhbar Arab Saudi sempena kunjungan beliau ke negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat minggu ini:
Ini adalah masanya untuk sebuah perkongsian memerangi keganasan
1. Adalah satu kepuasan untuk berada di Arab Saudi, tetapi saya terutamanya merasa gembira untuk berada di sini di Riyadh yang mana Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud merujuk kepada Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat sebagai suatu peristiwa bersejarah. Perjumpaan kami adalah tepat pada masanya dan amat diperlukan, dan saya yakin bahawa perhimpunan ini akan memperbaharui dan memberi tenaga baharu kepada persahabatan semua yang hadir dan menghasilkan hala tuju baharu untuk kerjasama, keselamatan dan persefahaman.
2. Agenda utama persidangan adalah walaupun kerajaan yang ditubuhkan oleh Daesh di Iraq dan Syria mulai lemah, tiada siapa sepatutnya meragui bahawa ancaman daripada pengganas yang mencemar nama Islam masih tinggi. Kepada negara yang berhimpun di sini, ia mungkin lebih meningkat apabila pengganas melarikan diri dari kawasan yang dikuasai mereka dan kembali ke negara masing-masing dan merancang untuk membawa keganasan ke bandar raya-bandar raya kita.
3. Ada yang terselamat. Di Malaysia, kami menghadapi cubaan pertama serangan yang mempunyai kaitan dengan Daesh tahun lepas, dan hanya menerusi tindakan yakin dan berani polis dan pasukan keselamatan kami, hasilnya tiada korban dan kemusnahan dapat dielakkan. Kini dunia amat memerlukan perkongsian baharu untuk berhadapan ekstremisme dan keganasan yang Raja Salman mencadangkan kita bina di sidang kemuncak ini, dan saya berterima kasih kepada baginda di atas jemputan ini dan mengalu-alukan penglibatan negara lain yang hadir.
4. Adalah penting kesemua negara Islam dan pemimpin-pemimpin menjadikannya jelas bahawa tiada yang Islamik mengenai keganasan. Sesiapa yang mengatakannya Islamik telah diperdaya oleh penceramah palsu dan mereka yang jahil atau mempunyai salah faham terhadap agama kami. Islam yang sebenar ialah agama yang membawa petunjuk, ketamadunan dan keilmuan, bukannya kemusnahan dan kematian.
5. Islam sebenar ialah agama keamanan, sebagaimana ditunjukkan selama lebih 1,000 tahun penganut Islam, Kristian dan Yahudi telah hidup dan berdagang serta bersahabat di Timur Tengah seperti di Malaysia penganut Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Taoisme dan lain-lain bekerja dan bermain bersama-sama dalam keadaan harmoni.
6. Untuk mengukuhkan keharmonian itu, Kerajaan Malaysia telah mempromosikan konsep wasatiyah, iaitu kesederhanaan menurut al-Quran, dan saya gembira usaha kami akan dapat ditingkatkan lagi dengan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman, di ibu negara kami, Kuala Lumpur.
7. Arab Saudi merupakan rakan sejati Malaysia, dan kami gembira menjadi tuan rumah kepada lawatan negara baginda baru-baru ini, yang mana Arab Saudi mempunyai keyakinan terhadap ekonomi kami menerusi pengumuman pelaburan US$7 bilion di dalam projek penapisan dengan syarikat minyak dan gas kami, Petronas.
8. Ikatan utama bersejarah ini, adalah salah satu sebab mengapa Malaysia menyokong sidang kemuncak ini sepenuhnya. Kami senada dengan tujuannya untuk meningkatkan toleransi dan kewujudan bersama serta meningkatkan keselamatan, kestabilan dan kerjasama.
9. Di dalam dan luar negara, Malaysia komited sepenuhnya untuk memerangi ancaman keganasan dan ekstremisme ganas. Selaku anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia menyokong sepenuhnya usaha PBB seperti pelan tindakan Setiausaha Agung dalam mencegah ekstremisme ganas, yang menggesa kepada perkongsian risikan dalam kalangan negara anggota. Kami adalah negara anggota kepada sembilan daripada 14 suratcara perundangan antarabangsa mengenai penentangan keganasan dan kami adalah sebahagian daripada gabungan sejagat menentang Daesh.
10. Malaysia juga menyokong Pusat Dialog, Keamanan dan Persefahaman, satu inisiatif daripada Pertubuhan Kerjasama Islam di Jeddah.
11. Pendirian tegas ini telah diterjemahkan menjadi realiti dengan kesan praktikal yang ketara dalam negara kami sendiri. Kami memberi penekanan menangkis naratif melalui media sosial, dan Pusat Digital Serantau Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi untuk memerangi ekstremisme melangkaui Malaysia dan Asia Tenggara.
12. Kami di Malaysia juga mempunyai pengalaman luas dalam memulihkan mereka yang tunduk kepada suara-suara keganasan. Ini adalah sesuatu yang kami usahakan kerana kami tahu kami tidak boleh menyerah kalah terhadap mereka yang dipesongkan itu, tetapi masih boleh kembali menjadi anggota masyarakat yang berguna.
13. Program deradikalisasi kami telah berjaya terhadap beratus-ratus golongan ekstremis, dan kejayaannya mencapai 95 peratus dalam memulihkan mereka untuk kembali ke arus perdana dan menunjukkan bahawa walaupun orang-orang yang menjadi mangsa kepada ideologi palsu dan jahat akhirnya boleh menolak mereka, dan menjadi amaran, contoh dan petunjuk kepada orang lain.
14. Kami bersedia dan gembira untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran kami dalam hal ini dengan semua negara pada sidang kemuncak ini. Sebab, sama dengan seruan saya mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global di PBB pada 2010, dan penubuhan yayasan berkenaan bagi menyokongnya di Kuala Lumpur, Malaysia tidak akan berhenti dalam usaha kita untuk memperjuangkan kesederhaan dan ajaran sebenar Islam, dan menyatakan dengan lantang dan jelas kepada golongan pelampau bahawa mereka tidak bercakap bagi pihak kami.
15. Saya percaya bahawa sidang kemuncak ini merupakan satu usaha penting untuk membawa hubungan antara dunia Islam dan Amerika Syarikat ke tahap baharu. Malah, melalui persefahaman yang lebih besar, kta boleh bekerjasama dengan lebih baik bagi menentang kejahilan, penyisihan dan rasa tidak puas hati yang boleh membangkitkan ekstremisme ganas.
16. Kita tahu bahawa Presiden Donald Trump komited untuk menghapuskan Daesh. Begitu juga Malaysia di bawah kepimpinan saya - sama juga melangkaui semua negara Islam pada sidang kemuncak ini.
17. Kita perlu memastikan bahawa keadaan tidak bertamadun yang kita lihat di Syria dan Iraq akan berakhir. Kita mesti menunjukkan bahawa kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan keganasan secara pantas dan tegas di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kita tidak boleh menyerah kalah.
18. Ia terpulang kepada kita semua pada sidang kemuncak ini untuk menjalin kerjasama dan membuktikan, sekali dan untuk semua, bahawa tidak ada pertembungan tamadun, dengan dunia Islam di satu pihak dan Barat di pihak yang lain. Justeru kita semua - penganut semua agama - perlu bersatu, tegas, bertekad dan sedia bertindak. -- BERNAMA
*Ini adalah terjemahan artikel lengkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk akhbar Saudi Gazette dalam Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Arab bagi akhbar Al Riyadh.
Najib Tun Razak
Sat May 20 2017
PM Najib: "Adalah penting kesemua negara Islam dan pemimpin-pemimpin menjadikannya jelas bahawa tiada yang Islamik mengenai keganasan." - Gambar fail
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini
Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.