Perdana Menteri Britain Theresa May akan mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa keselamatan selepas berlakunya insiden yang disifatkan polis sebagai 'serangan pengganas'.

"Satu mesyuarat tergempar akan diadakan hari ini", kata jurucakap Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terjejas dalam insiden itu.