Sepuluh mangsa dikejarkan ke hospital kerana cedera selepas terlibat dalam satu insiden tembakan di Moss Side, Manchester pada Ahad.

Polis Greater Manchester melaporkan kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi di Claremont Road.

Pegawai polis dilaporkan masih berada di tempat kejadian bagi mengenal pasti lokasi sebenar tembakan dilepaskan dan suspek yang terlibat.

Kesemua mangsa yang cedera masih dirawat dan berdasarkan pemerhatian awal, polis mendakwa kejadian bukanlah satu kejadian yang mengancam nyawa.