KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir telah merampas kapal kargo Ever Given yang terkandas selama beberapa hari di Terusan Suez bulan lalu.
Pemilik Ever Given, syarikat Shoei Kisen Kaisha dari Jepun juga diarah membayar pampasan sebanyak $900 juta (kira-kira RM3.7 bilion) akibat kejadian itu.
Tindakan itu diambil disebabkan kerugian besar dialami negara itu.
Tuntutan itu merangkumi yuran penyelenggaraan dan kos operasi penyelamatan, menurut agensi berita Mesir, Al Ahram.
Dalam reaksi balas, Shoei Kisen Kaisha berkata syarikat insurans dan peguamnya sedang meneliti tuntutan pampasan dan enggan memberi komen lebih lanjut, lapor CNN.
The Ever Given berjaya diapungkan semula pada 29 Mac selepas terkandas hampir seminggu di terusan perdagangan itu.
Kapal itu telah menghalang laluan lebih 450 kapal lain untuk berulang alik di terusan tersebut.
Terusan Suez hanya dibuka sepenuhnya pada 3 April.
Ketua Penguasa Terusan Suez, Lt Jeneral Ossama Rabei dilaporkan berkata Mesir boleh menuntut pampasan sehingga AS$1 bilion untuk menampung kerugian kos transit dan juga kos kapal tunda yang digunakan untuk menarik kapal tersebut.
"Ini adalah hak negara; ia harus dibayar," kata Rabei.
Astro Awani
Thu Apr 15 2021
Pihak berkuasa Mesir rampas kapal kargo Ever Given dan mengarahkan pemiliknya membayar pampasan sebanyak $900 juta (kira-kira RM3.7 bilion). -Gambar fail/Reuters
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Kapal kargo kandas selama dua jam di Terusan Suez berjaya diapungkan
Empat bot tunda SCA berjaya mengapungkan kapal kargo MSC-ISTANBUL yang terkandas semasa menyeberang dari selatan ke utara.
Lalu lintas di Terusan Suez kembali pulih
Sebuah kapal tangki minyak yang berdaftar di Singapura dilaporkan terkandas di laluan perkapalan yang sibuk itu.
Kapal MV Ever Given selamat tiba di pelabuhan Rotterdam
Kapal MV Ever Given yang terkandas di Terusan Suez selamat tiba di pelabuhan Rotterdam, Belanda.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal MV Ever Given tersekat di Terusan Suez dibenar belayar semula Rabu ini
Kapal kargo MV Ever Given dengan berat muatan 199,000 ton tersekat di Terusan Suez pada 23 Mac lalu akibat ditiup angin kencang.
Insiden Terusan Suez: Mesir rampas Ever Given, tuntut ganti rugi AS$900 juta
Tuntutan itu merangkumi yuran penyelenggaraan dan kos operasi penyelamatan.
Laluan perdagangan di Terusan Suez kembali normal selepas insiden Ever Given
Pihak berkuasa terusan CSA mengesahkan masalah perjalanan tertunda selesai sepenuhnya pada Sabtu.
Laluan Suez-Selat Melaka: Kalau ditutup punahlah dunia
Sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez sekarang ini.
Kapal MV Ever Given berjaya dialihkan
Pasukan penyelamat berjaya mengalihkan kapal MV Ever Given di Terusan Suez setelah hampir seminggu tersekat.
Usaha baharu digerakkan bebaskan MV Ever Given
Usaha baharu digerakkan bagi membebaskan kapal kontena MV Ever Given yang masih tersekat di Terusan Suez hampir seminggu.