UNTUK meraih populariti di media sosial, mungkin mudah bagi seseorang.

Sama ada, mereka perlu melakukan sesuatu perkara bijak hingga disenangi netizen, atau tidak kurang pula mungkin ada bertindak kurang bijak hingga dikecam.

Instafamous, Julia Slonska, adalah antara individu kurang bijak kerana menyangkakan tindakannya disukai netizen.

Walaupun memuatnaik video berdurasi hanya enam saat di laman sosial YouTube, tindakan Slonska yang mengetuk hidung sebuah patung berusia 200 tahun di Swiss Valley Park, Poland mengundang padah.

Dia tersilap langkah kerana menganggap perbuatan itu melucukan, sebaliknya netizen mengutuk Slonska.

Dalam video itu, Slonska juga dilihat ketawa dan seronok mengetuk hidung patung berusia berkenaan.

Klip video itu ditonton lebih 5 ribu orang di YouTube.

Malah, ada netizen yang menyifatkan Slonska sebagai tidak berakal kerana berbuat demikian dan dia perlu dihukum penjara.