Israel akhirnya bersetuju menghentikan penggunaan alat pengesan logam di pintu masuk Masjid Al-Aqsa, tindakan yang mencetuskan bantahan umat Islam dan masyarakat antarabangsa serta menyebabkan konfrontasi berdarah sejak beberapa hari yang lalu.
Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata kabinet menerima cadangan untuk menggantikan penggunaan pengesan logam dengan alternatif lain, termasuk penggunaan peralatan berteknologi tinggi bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.
Menurut kenyataan itu lagi, polis Israel akan menambah anggotanya bagi mengawal Masjid Al-Aqsa yang dikenali sebagai Temple Mount di kalangan penganut Yahudi, serta mengambil tindakan yang 'bersesuaian' dalam memastikan keselamatan di tapak suci itu, lapor agensi berita Xinhua.
Keputusan tersebut diumumkan rejim Zionis selepas mesyuarat kabinet yang berlarutan selama beberapa jam.
Pihak rejim memasang pengesan logam selepas kes tembakan pada 14 Julai lalu yang menyebabkan anggota polisnya terbunuh.
Pemasangan alat pengesan itu bagaimanapun menimbulkan bantahan dan kemudiannya bertukar menjadi rusuhan berdarah yang menyebabkan kira-kira 10 terbunuh.
Masjid Al-Aqsa menjadi paksi konflik Israel-Palestin sejak penjajahan Israel di Bandar Lama Baitulmaqdis pada 1967.
Penduduk Palestin menganggap tindakan memasang pengesan logam itu sebagai helah Israel untuk meningkatkan penguasaan Yahudi terhadap masjid ketiga paling suci umat Islam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017
Pihak rejim memasang pengesan logam selepas kes tembakan pada 14 Julai lalu yang menyebabkan anggota polisnya terbunuh. - Foto REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Buru 'harta karun' di Sungai Pahang
Catatan sejarah pernah merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.
Runtuhan kuari: Pasukan penyelamat akan guna alat pengesan logam, kesan bangkai jengkaut
Alat pengesan logam itu akan digunakan bagi mengenal pasti lokasi sebenar jentera berat itu yang dipercayai tertimbus bersama mangsa.
Israel akur, setuju henti guna pengesan logam di Masjid Al-Aqsa
Israel akhirnya bersetuju menghentikan penggunaan alat pengesan logam di pintu masuk Masjid Al-Aqsa, tindakan yang mencetuskan bantahan umat Islam dan masyarakat antarabangsa.