Amerika Syarikat menafikan sekeras-kerasnya dakwaan negara dunia, khususnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang menganggap Washington bertindak memihak Israel dalam isu Baitulmaqdis.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert berkata, keputusan pengisytiharan yang dibuat Presiden Donald Trump minggu lalu adalah salah satu dari perancangan pelan damai.

Menurutnya, Trump masih dengan pendirian sebagai perantara dalam pelan damai Israel-Palestin dan mahukan yang terbaik untuk kedua-dua negara terbabit.

"Saya fikir anda semua tahu, Presiden komited terhadap proses perdamaian seperti yang telah dilakukan, dan tidak pernah berubah.

"Kenyataan retorik yang banyak dilemparkan ketika ini sebenarnya boleh menjadi penghalang kepada proses damai di rantau itu.

"Kami bekerja keras ke arah itu dan menyusun perancangan rapi untuk memastikan manfaat diterima kedua-dua Israel dan Palestin," jelasnya pada satu sidang media di Washington.

BACA: OIC: Arab Saudi punca AS isytihar Baitulmaqdis milik Israel - Presiden Iran

BACA: Baitulmaqdis hendaklah secara sah menjadi ibu negara Palestin - PM Najib

BACA: OIC perlu wakili suara dunia kutuk tindakan Trump - Penganalisis politik

Menjelaskan lebih lanjut berhubung dakwaan buruk negara dunia, Nauert berkata, Amerika Syarikat hanya akan memberi fokus kepada kata akhir yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

"Amerika Syarikat akan menyokong penyelesaian dua keadaan itu. Kami telah lama bercakap mengenai perkara ini.

"Dan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengenai perkara ini, maka ia akan berakhir dengan baik," jelasnya.

BACA: Baitulmuqaddis: Tindakan AS nafikan hak kedaulatan Palestin

BACA: PM Yahudi terus angkuh, mahu Palestin terima kenyataan Baitulmaqdis ibu negara Israel

BACA: Iktiraf Baitulmaqdis, AS berdolak-dalik

BACA: PBB kutuk keputusan Trump iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel