Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengekalkan tekanan maksimum ke atas Korea Utara bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Abe pada Selasa berkata beliau mengesahkan dengan Moon, perjanjian kedua-dua negara mengenai hamba seks perang pada zaman Perang Dunia Kedua adalah muktamad.

"Kami mengesahkan bahawa kesepakatan mengenai isu hamba seks perang pada Perang Dunia Kedua adalah muktamad dan tidak akan diubah," kata Abe yang memberi maklum di Parlimen.

Abe berbincang mengenai isu berkenaan ketika bertemu dengan Moon sewaktu upacara pembukaan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan.