Seorang wanita telah ditahan selepas siasatan rumit terhadap skandal buah strawberi dicemari jarum yang menggemparkan Australia, menurut polis, hari ini.

"Penahanan suspek berusia 50 tahun telah dibuat susulan daripada siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes tersebut.

"Siasatan tersebut dilakukan bersama beberapa agensi kerajaan, penguatkuasaan undang-undang dan risikan," kata jurucakapnya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Queensland turut menawarkan ganjaran yang besar selain hukuman penjara ditambah untuk jenayah seumpama itu selepas jarum ditemui di dalam buah yang dijual di pasar raya pada September lalu.

Lebih 100 kes melibatkan pin dan jarum dalam buah terutamanya strawberi telah dilaporkan di seluruh negara itu pada September lalu.